· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap
orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita
tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah
longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah
sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita
bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan
begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein
· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika
anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu
terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih
lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa
lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda
mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh
mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada
menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum
1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk
atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori
berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________
No comments:
Post a Comment