Wednesday, April 16, 2014

Kenali Kolesterol dan Kesannya Kepada Kita

Ramai orang salah erti dengan kolesterol,dan samakan kolesterol adalah lemak. Ya,kolesterol adalah dalam keluarga lemak tapi ianya bukan lemak.
Kolesterol mempunyai fungsi penting dalam pembentukan sel tisu membrane,hormone dan vitamin D dalam tubuh badan kita serta membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak.

Kolestrol adalah komponen utama pada struktur selaput sel dan komponen utama sel otak dan saraf, dan pembentukan organ-organ tubuh. Tetapi,sekiranya kandungan kolesterol dalam badan berlebihan,ianya boleh memudaratkan  kesihatan dan terdedah kepada penyakit seperti darah tinggi,penyakit jantung,angin ahmar,batu karang dan buah pinggang.

Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu, HDL dan LDL.

HDL (High Density Lipoprotein)

Adalah kolesterol yang baik,mengandungi banyak protein berbanding 20-30% kolestrol. Berfungsi membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ianya akan membersihkan dan membawa lemak berlebihan dari saluran darah ke hati untuk dikumuhkan.

LDL (Low Density Lipoprotein)

Dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana mempunyai 75% kolesterol berbanding protein.Bekerja sebagai mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah.
Jika kandungan LDL tinggi di dalam badan,ianya boleh mengakibatkan pengumpulan dan penyumbatan saluran arteri yang boleh menghalang kelancaran pangaliran darah yang diakibatkan oleh pembentukan plak. Ini boleh membawa risiko penyakit jantung,stroke serta penyakit yang berkaitan.

Tahukah kita,kandungan kolesterol dalam darah berlaku secara senyap dan tiada sebarang tanda dan ini boleh berlaku setiap orang. Ini bermakna semua orang mempunyai risiko paras kolesterol yang tinggi dalam darah sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat paras kolesterol yang tinggi

  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Mempunyai sejarah penyakit metabolic seperti diabetis,tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah kolesterol dan penyakit jantung.
  • Merokok – ini adalah kerana apabila seseorang itu merokok,ianya menggalakkan pemendapan lemak pada saluran darah dan boleh mempercepatkan pembekuan darah.Merokok juga mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang aktif.

Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. (sumber wikipedia)

Kajian juga menunjukkan,pada masa kini golongan muda yang berumur lingkungan 20-an dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun,bagaimanapun,golongan berumur antara 40 tahun hingga 60 paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu 49% daripada keseluruhan kes yang dirawat dihospital.Manakala data dari kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25% sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan peredaran darah" kata Tan Sri Dr.Robaayah Zambahari,Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) - petikan dari http://www.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140224
Oleh itu,Shaklee yang sentiasa ingin memberikan kehidupan sihat kepada anda bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu PHYTOCOL-ST pada bulan JUNE ini yang membantu menurunkan kolesterol dengan secara semulajadi

 

♥DETOX DENGAN HERBALAX SHAKLEE♥

 

Kali Ini saya nak cerita mengenai HERBALAX SHAKLEE.
Ia lebih dikenali sebagai DETOX.Apa itu DETOX? ?
DETOX adalah proses membersihkan usus.di mana segala toksin lemak &lendir yg melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuanga air besar.selepas dinding usus kita bersih,barulah badan kita menyerap nutrien yang tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa2 vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada tahap optimum.

♥MARI KITA MENGENALI HERBALAX DENGAN LEBIH DEKAT

Ramuan asas product ini tradisi daripada kombinasi sains perubatan dan technology barat.Ia mengandungi 9 herba smulajadi.

1-) ALFALFA LEAVES
2-) SENNA LEAVES
3-) ANISE SEED
4-) BLUE MALVA FLOWER
5-) BACKHOR BARK
6-) LICORICE ROOT
7-) RHUBARB ROOT
8-)FENNEL SEED
9-) CULVER'S ROOT

Sifat yang menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut.terbukti kesesuaian secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangkamasa panjang.ia tergolong dalam kategori julab yg lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bg menyingkirkan toksin dr usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan.gerakan peristalsis yg baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

♥♥KEBAIKAN HERBALAX♥♥

1-) PEMBERSIHAN NAJIS YANG TERSEKAT
2-) MERANGSANG USUS UNTUK MEPERCEPATKAN PROSES PEMBERSIHAN SECARA LEMBUT KEPADA NAJIS YANG TERSEKAT.
3-) MEMBANTU MASALAH SEMBELIT
4-) MENGEMPISKAN PERUT.
5-) SESUAI DIAMBIL SEPERTI BIASA ATAU DI CAMPUR DALAM AIR PANAS, SEBAGAI TEH HERBA.

♥SIAPAKAH YANG PERLU AMALKAN HERBALAX♥♥

1-) PENGAMAL TEGAR UBAT TAHAN SAKIT
2-) MEREKA YANG ADA MASALAH PEMBUANGAN, PERKUMUHAN KURANG LANCAR.
3-) MEREKA YANG BANYAK JERAWAT.
4-) MASALAH GOUT.
5-) MEREKA YANG INGIN MEMBERSIHKAN USUS TERUTAMA SEKALI YANG BARU BERJINAK2 DE GAN SUPPLEMENT.

Selepas badan dah buat proses detoxification usus akan jadi lebih sihat & bersih. Penyerapan supplement aka lebih cepat dan berkesan.almaklumla...perut adalah rumah penyakit..usus pulak dia anggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini.bila usus sihat penyakit x dapatlah berumah tangga disini.yang tinggal ha yalah rumah yg bersih dengan pengambilan supplement yg mengindahkan lg rumah kita...

Monday, April 14, 2014

★Hilangkan Tumit Merekah Dengan Vitamin E Shaklee★



Rawat tumit dengan vitamin e shakleeRamai kaum wanita yang mengalami masalah tumit pecah-pecah. Walaupun masih muda remaja, ada je yang dah menghadapi masalah ni, contohnya seorang kawan saya masa kat universiti dulu. Time tu umur baru awal 20-an, tapi tumit dia dah pecah dan agak kasar. Kesian kan...Orang lelaki jangan citer, memang ramai je yang menghadapi masalah ni, tapi mereka tak kisah sangat. Yelah, pada mereka itu adalah perkara biasa, tambahan pula kan orang lelaki ni setiap hari bekerja keras.

Apakah punca tumit merekah ni sebenarnya? Antara punca tumit merekah adalah :
1- berat badan berlebihan
2- pemakaian kasut yang tidak bersesuaian dengan saiz kaki
3- kerap memakai kasut yang terbuka seperti sandal
4- masalah kulit kering yang mungkin berpunca dari sabun yang tidak sesuai
5- kerap memijak simen
6- tidak menitikberatkan penjagaan kaki dalam seharian

Ok,jadi bagaimana kita nak merawat tumit yang kerap merekah ini? Berbalik kepada puncanya semula. Cek balik mana satukah punca yang berkaitan dengan diri kita dan cubalah untuk perbaiki dengan mencari penyelesaian yang berkaitan dengan punca. Seperti contoh, jika puncanya adalah berat badan yang berlebihan, maka eloklah kita cuba menurunkan sedikit berat badan sekurangnya ke tahap yang ideal, dan seterusnya.

Vitamin E Shaklee
Akan tetapi, kalo semua cara anda telah cuba, dan still tak berjaya, apa kata anda cuba amalkan pengambilan Vitamin E Shaklee.Vitamin E ini yang kaya dengan GRAPE SEED EXTRACT, MINYAK GANDUM, MINYAK KACANG SOYA dan yang paling best sekali, ianya juga mengandungi 10gram SELENIUM semulajadi yang membantu badan menyerap Vitamin E ini dengan LEBIH BAIK & LEBIH EFFICIENT, sekaligus dapat membantu memelihara sel-sel dan otot-otot kita.

Dalam erti kata lain, Vitamin E ini akan membantu merawat sel-sel badan kita dari dalam, sekali gus menggantikan sel-sel yang telah rosak dengan sel-sel yang baru, yang lebih baik. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, tumit yang merekah tadi akan dirawat juga tanpa kita sedari dan tadaaa...muncul lah tumit yang licin dan menawan. Barulah tak malu kalo nak pakai kasut yang tak bertutup kan...

Set kecantikan shaklee selain Vitamin E, anda juga bleh amalkan menyapu krim Herbal Blend Shaklee. Gabungan Vitamin E dan Herbal Blend ini mampu menjadikan tumit anda cantik menawan dan licin berkilat seperti kulit bayi. Selain merawat tumit merekah, krim Herbal Blend ini juga mampu merawat kulit yang melecur, gatal-gatal akibat digigit serangga, ekzema dan sebagainya. Ianya sesuai digunakan seisi keluarga, termasuk bayi kerana kandungannya yang bebas bahan kimia sekaligus tidak memudaratkan.

Jadi apa yang ditunggu lagi. Takkan nak biarkan masalah tumit merekah terus menghantui diri anda. Sudah tentu anda menginginkan tumit yang cantik dan licin, sesuai dengan wajah anda yang cantik bercahaya kan...Barulah matching.. Betul tak??

Resepi Cerdas Minda- Vitamin, fungsi dan cara makan


ESP: Otak mengandungi bilangan sel yang paling banyak. Fungsi protin :
Membina sel dalam otak
Membaik pulih sel yang rosak
Memberi tenaga dan kesegaran tubuh.
1 sudu dibancuh dalam 1 gelas air suam/sejuk
1 sudu menyamai 1 jug kacang soya segar.
Diminum 2X sehari iaitu pagi, tengahari dan malam

Vitalea-MULTI VITAMIN & MULTI MINERAL
Memberi zat dan makanan yang seimbang seluruh sel dan tubuh
Kesegaran tubuh 1 biji- 2X sehari – selepas makan

B-COMPLEX- Mengandungi 8 vitamin B yang sangat penting untuk :
Tenaga dan ketahanan fizikal
Anti stress 1 biji- 2X sehari – selepas makan

LECITHIN
Sumber CHOLIN yang paling banyak untuk merangsang kecergasan ACETYCHOLIN
dalam otak yang menjurus kepada kecerdasan otak
1 biji- 2X sehari – sebelum makan

OMEGA-3
Kandungan EPA dan DHA dalam minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf dan retina 1 biji- 2X sehari – sebelum makan