Wednesday, October 8, 2014

Cara Mudah dan Ringkas Hilangkan Parut Jerawat yang Hodoh


Alhamdulillah saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Setakat jerawat sebiji dua timbul kala haid datang tu normallah. Itupun, sejak beranak-pinak ni amat jarang sekali muka ditumbuhi jerawat. Yelah, dah kurang stress.

Kalini saya nak share 6 tips asas untuk membantu anda yang mahu mendapatkan kulit yang cantik; membantu memudarkan parut hitam kesan jerawat dan lain-lain masalah di wajah. Tak perlu susah-susah, it is all about lifestyle.


  1. Minum air putih secukupnya sesuai keperluan badan. Kita sedia maklum pengambian air putih penting untuk menjaga kelembapan kulit, memudahkan proses detoksifikasi dan perkumuhan oleh tubuh, membantu kelancaran fungsi organ lantas menghasilkan sel-sel kulit yang sihat dan cantik.
  2. Rajin makan sayur dan buah. Letakkan target untuk makan 4-5 potong buah dan 1-2 hidangan sayuran setiap hari. Tak suka? Cubalah. Mungkin ini masanya untuk anda belajar buat salad buah dan sayur. Buah dan sayur selain diketahui kaya fiber yang bagus untuk proses perkumuhan tubuh, ia juga mengandungi pelbagai zat yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan sel kulit.
  3. Cucilah wajah secara teratur. Dua kali sehari dah cukup sebenarnya, tak perlu lebih-lebih. Gunakan pencuci wajah yang lembut dan sesuai untuk kulit. Juga, gunakan air sejuk semasa mencuci wajah untuk mengelakkan kulit wajah daripada kering, seterusnya jadi berkedut dan kelihatan tua! Terbaik, sapukan krim atau serum wajah yang sesuai untuk wajah selepas mencuci ya?
  4. Tidur yang cukup. Kurang tidur akan membuat kulit anda stress tau.. Stress mengganggu fungsi organ tubuh seterusnya akan beri kesan kepada seluruh tubuh. Tak percaya, cuba ingat-ingat masa belajar bilakah waktunya jerawat rajin singgah di wajah selain waktu haid? So, pastikan tubuh kalian mendapat rehat dan tidur secukupnya. Jangan terlebih tidur sebab nanti jadi sembab pula!
  5. Rajinlah bersenam untuk keluarkan peluh. Peluh-peluh ni mengandungi toksin sebab itu ia sepatutnya dikeluarkan daripada tubuh kita. Toksin pula ialah racun. Takkan nak simpan racun dalam badan kot kan? Jika tak dapat konsisten bersenam 30 minit untuk 3 kali seminggu, jangan rasa bersalah. Letakkan target mesti bersenam at least seminggu sekali kalau dah tahap sibuk sangat. Atlet negara ramai yang kulit cantik-cantik, glowing skin naturally lagi pula bersenam buat kita rasa happy :-)
  6. Last but not least, tolonglah jangan pegang-pegang sangat muka tu, lagi-lagi time ada jerawat. Tangan manusia sangat cepat memindahkan kuman dari satu tempat ke satu tempat. Picit-picit jerawat apatah lagi. Pastikan tangan betul-betul bersih dan peralatan yang digunakan untuk wajah telah distril.

Jadi, tu dia 6 tips mudah yang dapat saya share untuk semua. Senang kan? Bagi peminat produk Shaklee pula, ada berita gembira untuk anda.

Bersama dengan 6 tips di atas, anda boleh amalkan pengambilan ALFALFA, ESP DAN VITAMIN E untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman. Ini testimoni customer kami.


Testimoni kulit cantik dengan ESP, Alfalfa dan Vitamin E Shaklee
Testimoni kulit cantik


Selamat mencuba!












ESP dan Set Vitamin Untuk Kulit Cerah dan Gebu Secara Semulajadi


Bulan Mac lepas ialah promo ESP, namun suplemen hebat ni tak perlukan promo untuk kekal jadi best-selling product di Malaysia. Sebab apa? Sebab ia sememangnya produk yang berkualiti, semulajadi, selamat dan berkesan, serta paling penting ianya sesuai untuk semua golongan bermula daripada anak kecil berusia setahun.

Saya sendiri sukakan ESP. Mula-mula nak beli set menyusu Shaklee dulu, saya tau SET E je paling best. SET E ada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Tapi, kakak yang handle order saya tu sempat kenen-kenen saya add-on ESP. Kata akak tu, susu badan jadi pekat, saya jadi lebih energetic, kulit lebih cantik dan baby pun senang dapat berat badan yang cun. Jadi, tanpa fikir panjang, tambahan budget untuk beli suplemen memang sentiasa ada walaupun saya hanya seorang surirumah, saya setuju tambah.

Alhamdulillah, semua efek yang kakak tu kenen-kenen ke saya memang benar. Berbaloi sangat saya tambah ESP ni. Puas hati. Tambahan lagi lepas tu saya dapat tahu, ESP ni adalah protein (soya). Protein adalah asas kepada pembinaan sel-sel tubuh, baik sel yang baru untuk ganti sel lama mahupun sel rosak yang perlu dibaiki. Sel yang sihat menyerap nutrien jauh lebih baik berbanding sel yang kurang sihat. Dengan mengamalkan ESP, sel-sel tubuh saya bukan aje sihat malahan cantik. Jadi, segala vitamin-vitamin lain yang saya makan juga akan lebih mudah diserap tubuh.

Berbalik kepada tajuk entry saya, untuk mendapatkan kulit yang cerah dan gebu secara semulajadi, paling asas jangan tinggalkan pengambilan ESP kerana ia adalah asas untuk anda mendapatkan kulit yang cantik. Selepas itu, anda bolehlah amalkan pengambilan vitamin-vitamin asas untuk kulit yang cantik iaitu B Complex untuk menyeimbangkan minyak di kulit wajah, vitamin C untuk kulit yang licin seperti porselin, dan vitamin E yang diketahui kaya antioksidan supaya sel kulit terpelihara daripada radikal bebas yang membuatkan kulit cepat berkedut. Vitamin E juga diketahui berkesan untuk menghilangkan bintik hitam di wajah.

Selain daripada itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, boleh detox dengan alfalfa dan stabilkan hormon dengan pengambilan GLA Complex, diikuti pengambilan ESP dan Zinc secara teratur.

Apapun, bagi anda yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee, jangan lupa yang anda wajib minum air masak secukupnya supaya segala toksin dalam tubuh keluar untuk membantu proses detox berjalan lancar. Minum air juga penting untuk memastikan kelancaran fungsi vitamin dalam tubuh.

Cantik Berseri Tanpa Mekap Tebal dengan Suplemen

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Jangan hairan kaum wanita ni obses bab nak kuruskan badan, bab nak rambut cantik, bab nak kulit cantik dsb sampai sanggup melabur ribuan ringgit asalkan kelihatan cantik dan presentable! Ada yang cantik cara 'cover', ada yang cantik cara 'pemulihan semulajadi'.

Ini testimoni customer kami yang amat berpuas hati dengan salah satu hot produk kami iaitu ESP (Energizing Soy Protein).


No more mekap tebal pun dah cukup buat Zue kelihatan berseri-seri, kan? Kulit yang sihat, cantik dan berseri sememangnya penting untuk membantu meningkatkan keyakinan diri kita. Apatah lagi, pengambilan suplemen ESP ini bukan aje cantikkan luaran malahan ia bertindak sebagai energy booster dan bantu nutrien lain yang diterima badan menyerap dengan lebih sempurna. Barulah berbaloi makan vitamin untuk cantik, kan?

So, bulan ni Shaklee ada buat promosi ESP tau.. BELI 6 DAPAT 7 canisters ESP. Tapi nak beli 1 canister pun boleh juga, RM150 per canister.

Namun, bagi anda yang beli satu set promo ni automatik layak jadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Antara manfaat jadi ahli Shaklee ialah of course anda dapat diskaun ahli untuk semua produk Shaklee selepas itu. 
 
 

Oh ye! Nak tau cara bancuh ESP ni kan? Saya dah sediakan video untuk anda :)


Berminat? Hubungi je kami seperti di bawah k! 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!


Azah (SID No. 880761)
facebook : Azah Pamalilprincess
No. Tel: 019-3858911
COD Area: Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam

Credit to: Diari Vitamin